September 8, 2011

Gila

harini aku rasa mood aku sangat gila. kejap senyum kejap masam. apa masalah aku? banyak masalah aku. masalah orang lain pun boleh jadi masalah aku sekali. pagi tadi pergi kelas dengan mood yang stabil. rutin pagi yang stabil. kelas bermula dengan sesi pembentangan projek komputer. hasilnya leteran cikgu yang diterima disebabkan kebejatan yang diakibatkan oleh ***** aku sendiri. kegagalan untuk menghadirkan diri ke kelas telah menjadi isu yang sangat hangat. namun mood aku masih terkawal kerana aku syok bermain game di iphone. selepas itu kehidupan diteruskan dengan sesi kuliah kimia. masih. isu kegagalan menghadirkan diri ke kelas menjadi topik ceramah di pagi hari. hati aku sudah mula resah kerana memikirkan tentang kata kata cikgu yang mengajar komputer. "kamu jangan terlalu seronok kerana kamu mendapat tempat dalam program yang cemerlang ni. jika kamu mempamerkan sikap orang yang mundur, puan pengarah tidak akan teragak agak untuk membatalkan program ni" . "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" . pepatah yang menghantui aku sehingga sekarang. aku sudah mula meragui tentang status aku untuk belajar di negara orang. selepas kecelaruan selama satu jam, 'perjalanan' disambung dengan sesi pembelajaran inggeris. cikgu yang tenang seolah olah tidak mahu mengambil tahu akan sebab kemerosotan jumlah ahli kelas. aku mampu tersenyum dan tertawa setelah bersama sama memainkan satu permainan bahasa inggeris yang menggelikan hati bersama ahli kelas yang ada. waktu rehat dilalui dengan keadaan biasa tanpa sebarang gangguan emosi. selepas itu diteruskan pula dengan sesi tutorial kimia bagi menggantikan aktiviti bereksperimen selama dua jam. cikgu yang sama tetapi keadaan tenang sahaja. emosi ku kembali stabil setelah berjaya menyiapkan kerja yang diberi. mengorak langkah pulang ke bilik dengan perasaan yang normal. memikirkan tentang pemilihan bowling untuk mewakili kolej, aku menjadi sangat bersemangat walaupun aku tahu tahap kemampuan aku. sesi pemilihan berlalu dengan sempurna meskipun markah yang diperoleh tidak lah sehebat professional. masa untuk pulang. naik ke atas bas sambil menunggu rakan se***** yang lain. aku terdengar beberapa pelajar membicarakan tentang perkara buruk yang telah dilakukan oleh ***** aku. mereka seolah olah sengaja membincangkan hal itu meskipun aku berada sangat hampir dengan mereka. biarpun tidak jelas namun aku memahami maksud perbualan mereka. perasaan aku yang sangat gembira sebentar tadi bertukar hambar kerana terfikir kembali dilema yang aku lalui pagi tadi. bibirku menjadi rata dan tidak mampu tersenyum. dalam hati asyik mengatakan apa yang perlu aku lakukan untuk selamatkan keadaan. sesungguhnya aku tidak mampu untuk melakukan apa apa kerana aku bukan lah insan yang berpengaruh. hatiku masih bergolak sehingga ke saat aku menekan papan kekunci pada detik ini. YA ALLAH BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA MEREKA!!!




p/s : jika bahasa yang aku gunakan sangat pelik dan sukar difahami, maaf dipinta kerana fikiranku sangat bercelaru

2 comments:

  1. keep using the language ciku ! hahahah lama xda bm dalam idup aku dah

    ReplyDelete
  2. ahahahaha.yela jepun je memanjang kau an nai ;p

    ReplyDelete