Jiwa
jiwaku kosong bila memikirkan tentang masa depan aku.jerawat jerawat kecil mula menyubur di atas dahiku. pelbagai masalah sedang dihadapi. pelajaran yang tak sudah. projek yang bertambah. teman teman yang masih berbalah. aduh. semakin berat terasa di atas kepala ku. hati semakin hari semakin resah. seolah olah aku telah hilang sesuatu yang amat berharga di dalam hidupku. adakah masa ku yang terbuang dengan hal sia sia? atau aku yang hanyut dengan arus dosa ku yang melimpah ruah. kualiti solatku semakin merudum jatuh. terasa kalimah Allah semakin jauh dari diri aku. pelbagai usaha telah aku fikirkan. untuk mengembalikan ketenangan yang hakiki itu ke dalam sanubariku. namun tidak satu pun usaha yang berjaya aku langsaikan. mungkin hatiku sudah terlalu gelap untuk menerima nur petunjuk dari Allah. semakin aku hilang arah!
"Ya Allah. Kau bantulah aku! hambamu yang hina dan lemah! kembalikanlah ke dalam hatiku, ketenangan abadi, agar dapat aku taat kepadamu Ya Allah!"
sesungguhnya senjata seorang mukmin adalah doa. jadi di samping aku berusaha untuk membersihkan jiwaku, aku turut berdoa agar aku di ampuni oleh Allah dan jugak ahli keluargaku serta rakan rakan di sekitar. sesungguhnya apa yang aku tayangkan disini sekadar untuk peringatan kepada diriku sendiri khasnya, dan kesedaran pembaca sekitar am nya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment