September 23, 2011

Sejarah Hidup dalam Sukan

okay tiba tiba rasa nak cerita pulak kan sejarah hidup aku dalam sukan ni. hish. sememangnya banyak kenangan dan peristiwa. aku bukanlah seorang yang lahirnya untuk menjadi seorang jaguh dalam sukan. fizikal aku yang kecil pada suatu masa dahulu menjadikan aku sebagai seorang budak yang 'malang' dalam sukan.

sewaktu zaman sekolah rendah. acara sukan diadakan setiap tahun. semua rakanku dengan penuh semangat juang turut serta dalam sesi pemilihan untuk mewakili rumah sukan masing masing. tidak terasing juga aku turut menaruh nasib. berbekalkan tubuh yang berketinggian 119cm serta jisim 21 kg. tersangatlah kerdil jasadku pada waktu itu. meskipun demikian aku tetap berani untuk mencuba tuah. masih aku ingat. aku cuba untuk menyertai pertandingan larian 100m sewaktu darjah 3. disebabkan semangat yang berkobar kobar untuk mewakili rumah sukan, setiap petang aku mengajak sahabatku turut serta berlatih berlari. sangatlah lucu bila dikenang kembali. berlari pusing kampung dengan berkaki ayam. sungguh bersemangat. tetapi satu perkara yang penting mesti diberitahu ialah aku menjadi pemenang semasa sesi latihan itu. hahaha. hebat lah juga kan? hari demi hari, latihan demi latihan. namun sesuatu berlaku ketika sesi pemilihan hampir mendatang. kaki ku cedera. sedikit luka di tapak kaki. aduh. malang tidak berbau. namun berbekalkan keinginan untuk menjadi wakil sangat lah menggunung, aku tetap pergi untuk memperjudikan kebolehan aku. tetapi sekali lagi nasib tidak menyebelahi aku. fizikal ku yang kerdil membuatkan aku menjadi terhuyung hayang. larian ku hanya bertahan untuk 50 meter pertama dan bakinya aku berlari dengan keadaan kaki ku terhincut serta ditambah dengan asakan pelari lain yang ingin dipilih menjadi wakil. aku kecewa tetapi tidak mengapa. aku terima nasib ku. seterusnya sejarah ku diteruskan dengan percubaan untuk menjadi wakil sekolah dalam sukan bola sepak. tanpa sepasang kasut bola, aku tetap pergi ke sesi pemilihan dengan berbekalkan bakat pemain bola kampungan. permainan yang sangat berserabut. bak kata budak budak dulu main macam ikan belanak. berebut bola macam nak mati. sememangnya tidak professional. biasalah bagi anak kecil seperti aku. jadi dengan rasminya aku tidak terpilih. fuh. tidak mengapa. mungkin berbaloi dengan usaha yang aku kerah. bayangkan betapa rosaknya kasut sekolah aku yang aku gunakan untuk pergi sesi pemilihan tu. ahahaha. hancussss. nasib baik hitam. heh. okay lepas tu bersambung pulak masa aku darjah 6. selepas peperiksaan UPSR. jadual dipenuhi aktiviti bersukan. jadi jatuhlah pada suatu hari ini peristiwa aku kali pertama bermain bola tampar. wuuuu. memang gila. ketinggian 119cm cuba untuk melepasi tiang yang tingginya hampir 200cm. cuba anda bayangkan situasi itu. sememangnya aku menebalkan muka setebal yang mungkin. hampir setebal tapak kasut aku ketika itu kerana cuba untuk bermain. akhirnya hari itu menjadi peristiwa permainan bola tampar aku kali pertama yang menghantui aku untuk tidak bermain bola tampar sehingga aku mencecah umur 17 tahun. lama tuuu. konklusinya sepanjang zaman sekolah rendahku, aku hanya berjaya memenangi satu acara sukan iaitu acara merentas desa semasa aku darjah 4. tempat ke-7. okay lah kan. pencapaian terbaik lah tuuuu.

okay tamat untuk bahagian sekolah rendah. aku sambung dengan cerita sewaktu era menengah rendah. meningkat umur 13 tahun. struktur fizikal aku hanya berubah sedikit. tetapi hati dan semangatku semakin besar. hahahaha. sekali lagi aku menyertai sesi pemilihan untuk mewakili rumah sukan dalam acara 100 meter dan 4x400 meter. dan kali ini hasilnya agak memuaskan kerana aku terpilih untuk kedua dua acara. wah. akhirnya aku berjaya terpilih. jadi aku berlatih dengan gigih sehingga tibanya hari kejohanan. pagi yang penuh debaran. pengalaman buat pertama kali aku mewakili rumah sukan dalam acara kejohanan. berlangsungnya acara 100 meter pada awal pagi. aku dipanggil ke trek. pada waktu itu pelbagai rasa yang bermain. rasa janggal turut serta kerana aku dipaksa memakai 'spike' . first time. sangat tidak biasa. dengan keadaan aku yang kosong dalam ilmu sukan, aku tetap beranikan diri untuk berjuang. tetapi segala debaran aku berbalas debu yang berterbangan kerana aku hanya berjaya menduduki tangga ke-5. diteruskan pula dengan acara 4x400 meter ketika cuaca panas terik. aku bersama 3 rakan lain sudah bersedia untuk bertarung demi nama rumah sukan. aku menjadi pelari ke-3. pelari pertama berlari dengan penuh semangat. berjaya mendapatkan jarak yang menjanjikan kemenangan. namun masalah mula timbul ketika pelari kedua memulakan larian. kakinya terkehel ketika separuh perjalanan. jadi pergerakan kumpulan aku menjadi lambat dan ketinggalan. tibanya giliran aku. aku cuba merapatkan jurang. usaha diteruskan oleh pelari terakhir. namun usaha kami hanya berjaya untuk meraih tempat ke-4. kekecewaan yang kedua. tidak mengapa. pengalaman yang aku cari. tetapi itu sejarah sewaktu berumur 13 tahun. tahun seterusnya adalah tahun gelap bagi kegiatan sukan aku. kerana aku tidak berjaya dalam sejenis sukan pun. tiba pula tahun ke-3 persekolahan. sekali lagi aku pergi ke sesi pemilihan untuk kejohanan. kali ini aku menyertai acara 400 meter dan 1500 meter. acara yang menagihkan stamina yang maksimum. aku berjaya melepasi sesi pemilihan. tiba di hari kejohanan. bermula dengan acara 1500 meter. permulaan yang baik. aku mengekalkan kedudukan di tempat ke-3. namun aku dipintas semasa pusingan terakhir. jadi aku jatuh ke tempat ke-4. pedih. namun keperitan itu ditebus dalam acara 400 meter di mana aku berjaya merangkul tempat ke-3. ada juga lah pingat kenangan yang aku peroleh.

tamat dengan cerita menengah rendah. aku sambung dengan cerita abad mrsm alor gajah. bermulanya kerjaya aku sebagai pemain ragbi tegar. aku yang dahulunya tidak pernah sedar akan kewujudan sukan ragbi itu, telah menjadi seorang pemain yang amat mencintai sukan ini. masih segar di minda aku ketika aku sedang bermenung menyaksikan senior senior aku bermain ragbi. di saat itu aku berfikir. adakah aku ingin terus memperjudikan maruah aku dalam sukan bola sepak. aku berfikir panjang. mengelamun. faktor fizikal menjadi ketakutan aku untuk menceburi sukan ragbi. namun setelah selesai berdebat dengan diri sendiri, aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib jika aku ada kebolehan untuk berjaya dalam sukan ini. akhirnya aku diterima masuk dalam pasukan atas kelebihan aku yang sedikit pantas berlari. jadi posisi sayap menjadi titik permulaan permainan aku. semakin hari semakin ramai rakan aku yang turut menyertai dalam pasukan. sudah tentulah akan ada yang lebih pantas berlari dari aku. jadi aku mengalihkan diri aku dari posisi sayap kepada posisi Scrum Half. posisi yang sesuai untuk fizikal aku yang kecil, tetapi memenatkan kerana aku manjadi tonggak penggerak pasukan. cabaran aku terima dengan berani. maka bermulalah kisah hidup aku sebagai pemain ragbi yang berkebolehan. aku berjaya menyumbang beberapa skor ketika bermain bersama pasukan batch aku. jadi sukan ragbi inilah yang membuatkan aku berasa yang aku ini berguna dalam sukan. ditambah pula dengan kejayaan aku meraih tempat ke-3 dalam acara 100m dan naib johan dalam acara 4x100m. pencapaian terbaru.


jadi itulah sejarah kehidupan aku dalam sukan. dari seorang anak kecil yang tidak bernasib baik kepada seorang pemain rabgi setia. sehingga sekarang aku masih lagi bersemangat kental menjatuhkan setiap lawan yang aku jumpa di dalam padang . meskipun aku berbadan kecil tetapi aku tetap berani untuk menghadapi walau sebesar mana pun musuh yang aku perlu tempuh. mungkin itu tindak balas daripada minat yang mendalam terhadap sukan yang hebat ini. jadi aku bersyukur kerana meskipun aku berfizikal kecil, aku tetap berpeluang untuk mengaktifkan diri aku dalam bidang sukan. and finally i am proud to be a rugger!

No comments:

Post a Comment